suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi 6.1 magnitud landa Indonesia... Malaysia terkena tempias

Gempa bumi dengan magnitud 6.1 skala Richter menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia, pagi Jumaat.

GEMPA bumi dengan magnitud 6.1 skala Richter menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia, pagi Jumaat.

Menurut Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.39 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa berada 76 kilometer (km) dari Payakumbuh dan dengan kedalaman 10 kilometer (km) di bawah dasar laut.

Gegaran berkenaan turut dirasai di bahagian barat semenanjung Malaysia, terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain