suria

Kes Covid-19 dijangka naik mendadak - Khairy

Khairy (gambar fail) memberi gambaran kes Covid-19 di negara ini. foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

KES baharu Covid-19 di negara ini dijangka meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan berkata, jangkaan tersebut berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.

"Gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, keseriusannya jauh lebih rendah daripada (varian) Delta.

"Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak," tulis Khairy menerusi ciapannya di laman Twitter pada Sabtu.

kes covid

Pada Jumaat, kes harian Covid-19 di negara ini terus meningkat kepada 7,234 kes baharu.

Ia meningkat secara mendadak berbanding yang dilaporkan pada Khamis iaitu sebanyak 5,720 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dijangkiti Covid-19 sebanyak 2,895,014 kes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain