suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Pak Belang lintas jalan... bukan berlaku di Pulau Pinang!

Video memaparkan seekor harimau melintas jalan sebenarnya berlaku di Lebuhraya Nasional Tamil Nadu. Foto: Instagram Rajography

KECOH apabila sebuah video dengan mesej yang mendakwa seekor harimau dilihat berkeliaran di sepanjang jalan di Mount Erskine, Tanjung Tokong, Pulau Pinang baru-baru ini.

Video berkenaan menjadi tular selepas disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.

Namun benarkah terdapat harimau yang berkeliaran di jalan yang disebutkan?

Untuk makluman, video tersebut sebenarnya adalah rakaman yang berlaku di luar negara.

Video tersebut memaparkan seekor harimau berjalan di Lebuhraya Nasional Tamil Nadu, dan bukannya di Pulau Pinang.

Menerusi portal berita India, News18, laporan itu menulis bahawa klip tersebut dirakam oleh pengguna Twitter @rajography, dan ia dikongsi oleh Pegawai Perkhidmatan Hutan India, Susanda Nanta di Twitter. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain