suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korban banjir cecah 41 orang, 8 masih hilang

Keadaan banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selasa lalu. foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

ANGKA kematian akibat banjir di Selangor, Pahang dan Kelantan mencecah 41 orang, dua daripadanya adalah kanak-kanak lelaki.

Selain itu, 26 lelaki dan 13 wanita terkorban dalam banjir di tiga negeri itu setakat 8 pagi Jumaat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lapan orang turut dilaporkan hilang.

"Daripada 41 kematian, 25 dilaporkan di Selangor, 15 di Pahang dan seorang lelaki di Kelantan.

"Daripada 25 kematian di Selangor, 17 adalah lelaki dan lapan wanita," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu di Pahang, katanya, lapan lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak lelaki maut akibat banjir.

"Lapan orang hilang, terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan di Pahang," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain