suria

Covid-19: Angka harian menurun, Malaysia catat 4,262 kes baharu

Malaysia merekodkan 4,262 kes jangkitan harian Covid-19 pada Isnin.

SEBANYAK 4,262 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin.

Angka terbaharu itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada Ahad iaitu 4,298 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,663,034 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter memaklumkan bahawa maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman CovidNow, https://covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," tulis beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain