suria

Bayi wanita hamil koma dipukul suami masuk hospital semula

Bayi wanita hamil koma dipukul suami masuk hospital semula

BAYI kepada seorang wanita yang parah dipukul suaminya sehingga koma, Jahidah Nordin terpaksa dimasukkan semula ke hospital disebabkan penyakit kuning.

Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, bayi berkenaan yang digelar 'Baby J' perlu dimasukkan semula ke wad Hospital Tuanku Ja'afar kerana masalah kuning.

Katanya bayi tersebut terdahulu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Sendayan.

"Baru semalam ( Khamis) ambil 'Baby J' dekat wad.. hari ni kena hantar wad balik sebab kuning tinggi.. dia mahu dekat dengan umi (ibu) dia kot (rasanya)," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Menerusi perkongsian sama, Fauziah turut berkongsi sebahagian wajah 'Baby J' selain mengucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kakaknya Jahidah dan bayi tersebut.

"Alhamdulillah akhirnya 'Baby J' depan mata.. anak yang tak disangka akan hidup sehingga hari ini.. Terima kasih mendoakan..," katanya.

Jahidah, 43, sebelum ini selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini kira-kira jam 9 malam, Selasa lepas. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Jahidah, hamil, koma, bayi, dipukul

Artikel Berkaitan

Artikel Lain