suria

Perkhidmatan kereta api furnikular Bukit Bendera mungkin ditutup

Perkhidmatan kereta api furnikular Bukit Bendera mungkin ditutup

PIHAK terbabit kini sedang mempertimbangkan untuk menutup Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera yang mengalami kerosakan berterusan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan kerajaan akan sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan bukannya hanya melihat kepada keuntungan semata-mata.

"Saya akan menyerahkannya kepada pasukan pengurusan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHC) tetapi jika perlu ditutup walaupun pada musim kemuncak, hentikan perkhidmatan kereta api," kata Chow, yang juga pengerusi PHC.

Dalam satu kenyataan, PHC menyatakan memandangkan kereta api terpaksa beroperasi "hampir tanpa henti" selama beberapa hari semasa cuti panjang hujung minggu, tali dawai pada kereta api itu mula menyentuh tali dram di bawah salah sebuah koc.

Pada hari Sabtu sahaja, kereta api itu membawa 7,298 penumpang, satu jumlah yang tinggi.

Perkhidmatan kereta api itu tergendala pada pukul 10 pagi Isnin dan hanya bersambung semula pada Selasa.

Chow berkata, penyelenggaraan secara besar-besaran tidak dapat dilaksanakan kerana jurutera di Switzerland tidak boleh datang ke Malaysia di sebabkan penularan wabak Covid-19.

“Jumlah penggunjung sangat luar biasa kerana perjalanan rentas negeri dan cuti perayaan. Jumlah penggunjung sama seperti sebelum Covid-19.

“Oleh itu, kita perlu mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan utama kerana sebelum ini, kereta api ini berjalan pada kapasiti 50 peratus, tetapi kini ia berjalan pada kapasiti 70 hingga 80 peratus,” katanya.

Chow berkata orang ramai terpaksa menunggu lebih dua jam untuk menaiki kereta api semasa cuti hujung minggu. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain