suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PN sokong Ismail Sabri, tapi ada syarat - Muhyiddin

Muhyiddin berharap agar proses pelantikan Perdana Menteri Baharu dapat berjalan dengan lancar.

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan itu sebulat suara mencalonkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri yang baharu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, jumlah tersebut termasuk 31 ahli Parlimen mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), 18 Pas, satu Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan empat bebas pro-PN.

Muhyiddin juga telah berunding dengan pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang membentuk kerajaan PN sebelum ini untuk mengambil ketetapan sama.

"Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan perhatian kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan pilihan raya umum bagi mengembalikan mandat rakyat.

"Ini juga bermakna Perikatan Nasional lebih mengutamakan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan kuasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Khamis.

Bagaimanapun, beliau berharap jika Ismail Sabri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menjadi perdana menteri nanti, Ahli Parlimen Bera itu mesti memastikan anggota Kabinet yang dibentuk terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

"Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan," katanya.

Presiden Bersatu itu turut menegaskan bahawa sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah bersyarat dan berharap proses pelantikan Perdana Menteri baharu dapat berjalan dengan lancar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain