suria

[VIDEO] “Fitnah yang sangat kejam, melampau” - Ebit Lew selesai beri keterangan di Bukit Aman

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew selesai memberi keterangan di Bukit Aman berhubung satu kes dakwaan gangguan seksual, petang Khamis.

Ebit ketika ditemui pemberita di luar pekarangan Bukit Aman berkata, beliau memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, selama kira-kira sejam.

Tambah Ebit, beliau dipanggil bagi memberikan kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman

"Saya membantu siasatan dan terserah kepada pihak polis.

"Ia merupakan satu fitnah yang sangat kejam dan melampau. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas keluar dari Bukit Aman, kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Ebit bagaimanapun reda dengan perkara yang menimpa beliau.

"Saya selalu cakap kat mana-mana dan ia pelajaran untuk saya. Saya percaya hidup ini cuma satu tujuan iaitu untuk Allah sayang.

"Saya maafkan sesiapa saja yang mungkin apa yang terjadi di luar sana dan boleh menilai sendiri.

"Saya yakin yang terjadi ini membuatkan saya lebih bersemangat, saya akan teruskan usaha saya untuk membantu... Saya nak meneruskan kebaikan sampai bila-bila, sampai mati InsyaAllah," ujar beliau yang kemudian beredar dengan pacuan empat roda Toyota Hilux.

Terdahulu, Ebit bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican hadir ke Bukit Aman, pagi Khamis, dipercayai bagi membantu siasatan kes gangguan seksual.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain