suria

Pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman

Pendakwah terkenal hadir ke Bukit Aman pada Khamis untuk memberi keterangan.

SUSULAN dakwaan membabitkan kes gangguan seksual, seorang pendakwah terkenal tiba di Bukit Aman pada Khamis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai hadir dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyata Hilux di pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia itu, kira-kira pukul 8.59 pagi.

Seorang individu memakai kopiah turun dari kenderaan tersebut, namun wajahnya tak dapat dilihat dengan jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwah terkenal diminta hadir ke Bukit Aman bantu siasatan kes gangguan seksual

Beberapa individu 'mengepung' seolah-olah mahu mengelak pendakwah itu dirakam oleh orang luar serta pengamal media.

Pada Rabu, sumber memberitahu bahawa pendakwah terkenal itu dipanggil untuk diambil keterangan pada Khamis.

Bagaimanapun mereka tidak pasti sama ada selebriti itu akan hadir atau tidak ke Bukit Aman.

Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain