suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendakwah terkenal diminta hadir ke Bukit Aman bantu siasatan kes gangguan seksual

Menurut sumber pendakwah itu diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan dakwaan kes gangguan seksual.

SEORANG pendakwah terkenal dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan dakwaan kes gangguan seksual.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber memberitahu pendakwah terkenal itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis untuk diambil keterangan.

Difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil untuk merakam percakapan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada dia akan hadir atau tidak.

“Polis telah memanggil pendakwah itu tetapi tidak pasti sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.

“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain