suria

Sekali lagi pecah rekod, 22,242 kes baharu direkodkan

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan peningkatan kes sebanyak 6,858 kes

MALAYSIA mencatatkan rekod baharu untuk kes positif covid 19 harian sekali lagi dengan 22,242 kes dicatatkan pada Rabu, menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 1,466,512 kes setakat ini.

Daripada 22,242 kes baharu yang dilaporkan, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan peningkatan kes sebanyak 6,858 kes berbanding 5,753 kes semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulai menurun, 19,740 kes Covid-19 baharu direkod hari ini

Sabah kekal menyusul selepas Selangor dengan 2,413 kes. Pulang Pinang menaiki kedudukan di tempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1,867 diikuti Kedah dengan 1,852 kes.

Kuala Lumpur mencatatkan sedikit penurunan berbanding semalam dengan jumlah kes sebanyak 1,587 kes disusuli Johor (1,477).

Labuan merekodkan jumlah kes terendah pada hari ini dengan lima kes.

Bagi kes kematian, sebanyak 225 korban wabak itu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan angka keseluruhan kematian menjadi 13,302.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jumlah kes aktif pula direkodkan sebanyak 254,484 kes dengan 1,060 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 540 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 19,680 pesakit sembuh daripada Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,198,726.

Dalam pada itu, seramai 11.4 juta orang direkodkan telah lengkap mendapatkan dua dos vaksin setakat hari ini. Seramai 17.4 juta orang pula telah mendapat dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan yang telah mendapat vaksin adalah 28,837,742 orang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid19, rekod, baru, terkini

Artikel Lain