suria

Mulai menurun, 19,740 kes Covid-19 baharu direkod hari ini

Angka kes harian Covid-19 turun kepada 19,740 selepas mencatat jumlah melebihi 20,000 kes harian lima hari berturut-turut.

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 menurun kepada 19,740 kes selepas merekodkan lebih 20,000 kes selama lima hari berturut-turut.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 1,424,639 kes setakat hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Kedah (1,592), Sarawak (1,566) dan Johor (1,510).

Kuala Lumpur mencatatkan 1,360 kes, diikuti Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Melaka (1,120), Perak (938), Terengganu (688), dan Pahang (646).

Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatatkan dua angka dengan 43 dan 20 kes manakala Labuan hanya 2 kes.

Berita selanjutnya menyusul...

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid-19, kes baharu

Artikel Lain