suria

"Isteri tercinta dan keluarga jadi sumber inspirasi," - Muhyiddin hargai insan tersayang saat umum letak jawatan

Tan Sri Muhyiddin Yassin umum letak jawatan sebagai perdana menteri hari ini ekoran kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

TAN Sri Muhyiddin Yassin menitipkan ucapan istimewa buat isteri dan keluarganya ketika beliau menyampaikan perutusan khas hari ini.

Dalam perutusan selama 30 minit itu, beliau mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mengadap Yang Dipertuan Agong di Istana negara bagi mempersembahkan peletakan jawatannya.

Beliau berbuat demikian selepas kerajaan Perikatan Nasional hilang majoriti di Parlimen susulan 15 ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadapnya serta cadangan untuk kerjasama rentas negeri ditolak oleh pembangkang.

ARTIKEL BERKAITAN: "Rayuan ikhlas jutaan rakyat...tidak dapat saya sambut" - Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada pihak rakus rebut kuasa...” – Muhyiddin reda berdepan hari terakhir sebagai PM

Sehubungan itu, dalam ucapan terakhirnya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada barisan frontliners, jemaah menteri dan kerajaan Persekutuan kerana membantu kerajaan Perikatan Nasional berkhidmat kepada rakyat.

Beliau juga berterima kasih kepada kepimpinan Bersatu, PAS dan beberapa sekutu politik lain yang memberi sokongan kepadanya.

Paling mengharukan, Muhyiddin sempat meluahkan rasa penghargaannya buat insan yang paling rapat dengannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ucapan terima kasih paling istimewa tentunya buat isteri yang tercinta dan keluarga saya yang jadi sumber inspirasi saya sejak dahulu sehingga ke hari ini.

"Bagi saya, apa yang berlaku hari ini adalah ketentuan Allah SWT yang merupakan satu episod dalam sejarah perjuangan politik saya," katanya.

Beliau juga meminta rakyat agar kekal bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk memilih Perdana Menteri baharu mengikut lunas Perlembagaan.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya ucapkan terima kasih atas sokongan saudara-saudari sekalian.

"Saya akan terus berbakti kepada anda serta sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda semua," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain