suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

114 ahli Parlimen sokong Ismail Sabri dipanggil menghadap Agong

Kesemua 114 ahli Parlimen akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat.

SERAMAI 114 ahli Parlimen yang menandatangani akuan bersumpah (SD) dengan menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri, dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Kesemua mereka dipanggil bagi mengesahkan pendirian mereka terhadap sokongan tersebut.

Mereka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara berperingkat dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.

Menurut sumber, ahli Parlimen tersebut terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan wakil rakyat bebas yang menyokong naib presiden Umno itu sebagai perdana menteri.

Terdahulu, kesemua ahli Parlimen diberi tempoh sehingga pukul 4 petang Rabu untuk mengemukakan SD bagi menamakan calon perdana menteri yang baharu.

Sebanyak 114 undi yang diperoleh Ismail Sabri bermaksud bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain