suria

Covid-19: Dua hari berturut-turut pecah rekod baharu, 22,948 kes dicatatkan hari ini

SELANGOR kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan peningkatan kes sebanyak 7,175 kes.

MALAYSIA mencatatkan rekod baharu dua hari berturut-turut kes positif covid 19 dengan 22,948 kes dicatatkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan bertambah kepada 1,489,460 kes setakat ini.

Semalam, sebanyak 22,242 angka kes harian Covid-19 direkodkan.

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi hari ini dengan peningkatan kes sebanyak 7,175 kes berbanding 6,858 kes semalam dan diikuti Sabah (2,583) dan Kedah (2,137).

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi pecah rekod, 22,242 kes baharu direkodkan

Manakala Johor mencatatkan sebanyak 1,526 kes disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,439), Kelantan (1,271), Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736) dan Terengganu (621).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jumlah kes di Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya sekadar cecah dua angka dengan masing-masing mencatatkan 42 kes dan 26 kes, manakala Wilayah Persekutuan Labuan masih merekodkan kes terendah iaitu hanya sembilan kes.

Sementara itu, bagi kes kematian, sebanyak 178 kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan angka keseluruhan kematian menjadi 13,480.

Jumlah kes aktif pula direkodkan sebanyak 225,534 kes dengan 1,060 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 528 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Seramai 21,720 pesakit sembuh daripada Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,220,446.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid, rekod baharu

Artikel Lain