suria

Kes Covid-19 meningkat, SOP sidang Parlimen diperketat

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perbincangan itu dibuat bagi mengurangkan risiko Covid-19 ketika persidangan Parlimen.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengadakan perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Parlimen tentang beberapa penambahbaikan diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen.

Menurut kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, perbincangan itu dibuat bagi mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan Covid-19 sebelum dan semasa persidangan Parlimen berlangsung.

"Kesiapsiagaan ini terdiri daripada memastikan individu-individu pelbagai kategori dan dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen supaya mereka sihat serta tidak dijangkiti Covid-19 pada masa tersebut.

"Keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji serta ditambah baik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan Covid-19," ujar Noor Hisham dalam laman Facebook miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Petugas kesihatan masih boleh dijangkiti Covid-19 selepas lengkap vaksin penuh

ARTIKEL BERKAITAN: Berita baik! Golongan remaja boleh divaksin tak lama lagi

Noor Hisham turut memaklumkan terdapat penambahan lima lagi kes yang berkaitan semasa persidangan Dewan Rakyat, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 kes.

Lima kes baharu terbabit yang telah diumumkan pada Jumaat lalu, melibatkan lima sekeluarga, di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Daripada 30 kes berkenaan, dua kes melibatkan ahli Parlimen; sembilan kes membabitkan pengiring; sembilan kes pegawai agensi kerajaan; tujuh kes lain-lain iaitu ahli keluarga; dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan Parlimen.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 102 kes termasuk lima kes baharu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM

Artikel Lain