suria

Potong kek guna pedang samurai, langgar SOP... 5 individu ditahan polis

Suspek berusia antara 17 dan 24 tahun dan tiga daripada lima individu itu mempunyai rekod polis dalam kes rompakan bersenjata dan rompakan kumpulan.

PIHAK polis menangkap beberapa suspek anggota geng setelah video mereka meraikan ulang tahun di sebuah rumah tersebar dalam talian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, polis dimaklumkan mengenai video berdurasi 30 saat pada Rabu yang menunjukkan sekumpulan lelaki memotong kek dengan pedang samurai.

Tambahnya, pasukan polis pada hari sama membuat tangkapan di tiga kawasan berbeza.

Ujarnya, suspek berusia antara 17 dan 24 tahun dan tiga daripada lima individu itu mempunyai rekod polis dalam kes rompakan bersenjata dan rompakan berkumpulan.

Semua suspek kemudian direman hingga Jumaat dan polis sedang menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara.

Dalam video itu, logo dan tanda-tanda jelas kelihatan dan ia dipercayai ada kaitan dengan Geng 08.

"Video itu dipercayai dirakam di sebuah rumah di Batu 10, Jalan Kapar. Ia juga menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard Covid-19," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain