suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Covid-19 menurun hari ini, catat 20,670 kes

SEBANYAK 1,384,353 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat hari ini. — AGENSI.

JUMLAH kes harian baharu Covid-19 hari ini mencatatkan penurunan apabila merekodkan 20,670 kes hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 1,384,353 kes setakat ini.

Semalam, sebanyak 21,468 kes baharu direkodkan sementara 21,668 kes dilaporkan pada Khamis.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, sebanyak 260 kes kematian baharu direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 12,228 kes.

Jumlah pesakit sembuh pula adalah seramai 17,655 orang manakala 1,096 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 540 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selangor mencatatkan penurunan berbanding semalam dengan 6,606 kes namun masih mencatatkan angka paling tinggi setakat ini.

Kes kedua tertinggi adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2,028), diikuti Kedah (1,796), Sabah (1,752) dan Johor (1,425).

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid-19, kes harian,

Artikel Lain