suria

Mahiaddin bukan lagi Muhyiddin di Dewan Rakyat

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membentangkan Pelan Pemulihan Negara di sidang khas Dewan Rakyat.

DI sebalik kekecohan pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, ada satu perkara lain yang mencuri tumpuan iaitu papan nama beliau.

Papan nama berkenaan memaparkan nama sebenar beliau iaitu Tan Sri Dato' Mahiaddin bin Mohd. Yasin dan bukannya Muhyiddin bin Mohd. Yassin seperti yang digunakan secara umum.

Nama Mahiaddin merupakan ejaan nama Perdana Menteri yang tertera dalam sijil kelahiran beliau.

Sebutan Mahiaddin adalah sama seperti Muhyiddin berdasarkan terjemahan ejaan perkataan jawi kepada rumi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahiaddin Md Yassin... Berkuat kuasa serta merta dokumen rasmi wajib guna nama sebenar PM

Sebelum ini, satu surat pekeliling dikeluarkan kepada kakitangan Pejabat Perdana Menteri untuk menggunakan nama sebenar Muhyiddin dalam semua dokumen formal atau rasmi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Surat edaran bertarikh 3 Jun itu mengarahkan supaya surat dan dokumen rasmi yang memerlukan tandatangan Perdana Menteri haruslah menggunakan ejaan rasmi namanya, iaitu dengan ejaan "Mahiaddin Bin Md Yassin" atau "Tan Sri Dato Seri Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yassin".

Sidang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berlangsung selama lima hari bermula hari ini. Ia merupakan kali pertama ahli parlimen kembali bersidang pengisytiharan darurat politk diumum kerajaan 12 Januari lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain