suria

Ahli Parlimen positif Covid-19...Belum ada keputusan had jumlah kehadiran ke Dewan Rakyat

Dua Ahli Parlimen disahkan positif Covid-19, manakala enam lagi sedang dikuarantin.

DUA Ahli Parlimen dan 12 kakitangan Parlimen disahkan positif Covid-19, kata Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, 58 kakitangan Parlimen berserta lima atau enam Ahli Parlimen sedang dikuarantin.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika persidangan khas Dewan Rakyat selama lima hari yang bermula pukul 10 pagi hari ini.

Azhar berkata, beliau juga telah mengadakan pertemuan penyelarasan pada pagi ini bagi meminta pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham, mengenai situasi semasa Covid-19 dan bagaimana mereka dapat mengadakan sidang itu dengan selamat.

"Kami belum memuktamadkan keputusan sama ada untuk mengehadkan jumlah kehadiran dalam satu-satu masa dan juga sepanjang persidangan. Kami juga masih menunggu persetujuan dari pihak pembangkang," katanya.

Dalam persidangan itu, penggubal undang-undang diberi penerangan mengenai Pelan Pemulihan Nasional.

ARTIKEL BERKAITAN: 3 ahli Parlimen positif Covid-19, 4 lagi jadi kontak rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 80 ahli Parlimen dibenar hadir sidang Dewan Rakyat minggu depan

Sementara menunggu keputusan baharu, Azhar berkata, keputusan awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Dewan pada 23 Julai lalu supaya tidak mengehadkan jumlah kehadiran di dewan serta mengadakan mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang seperti biasa.

Bagaimanapun, beliau meminta kerjasama dari semua ketua parti supaya hadir secara bergilir setiap jam ke sesi persidangan.

Hal ini kerana katanya, Ketua Pengarah Kesihatan amat prihatin dengan penularan Covid-19 di Parlimen.

"Untuk pengetahuan semua, 12 kakitangan Parlimen didapati positif (Covid-19) dan 58 kakitangan dikuarantin kerana mereka adalah kontak rapat.

"Dua anggota Parlimen positif manakala lima atau enam yang lain sedang dikuarantin," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman telah mengesahkan bahawa mereka positif Covid-19.

Kedua-duanya telah menerima vaksin lengkap dan tidak mengalami sebarang simptom selain tidak berada di Parlimen.

Pada masa sama, Azhar meminta para pemimpin parti untuk memberi kerjasama dengan memastikan bahawa penggubal undang-undang melakukan penggiliran kehadiran mereka pada setiap jam serta memastikan semua orang memakai pelitup muka berlapis, bagi mengurangkan risiko varian Delta yang ditularkan melalui udara.

Ini adalah kali pertama Dewan Rakyat bersidang sejak penangguhannya pada Disember tahun lalu.

Dewan Rakyat sepatutnya bersidang pada Mac lalu untuk pembukaan Mesyuarat Pertama Sidang Keempat Parlimen ke-4 tahun ini, namun ditangguhkan berikutan Pengisytiharan Darurat pada 12 Januari dan akan berakhir pada 1 Ogos ini. -The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

ahli parlimen, Covid-19, dewan rakyat

Artikel Lain