suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 ahli Parlimen positif Covid-19, 4 lagi jadi kontak rapat

95 peratus ahli Parlimen telah divaksin, namun mereka yang belum divaksin masih boleh menghadiri sidang itu.

TIGA ahli Parlimen dilaporkan gagal ujian saringan Covid-19 yang dijalankan pada Jumaat menjelang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ini.

Empat ahli Parlimen lain turut menjadi kontak rapat pesakit Covid-19 dan tujuh sedang menjalani kuarantin wajib, lapor Astro Awani pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 80 ahli Parlimen dibenar hadir sidang Dewan Rakyat minggu depan

Laporan Utusan Malaysia pula menyatakan, sumber berkata ahli Parlimen tersebut merupakan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Annuar Musa dan Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurut sumber itu lagi, Timbalan Speaker Datuk Mohd Rashid Hasnon turut menjadi kontak rapat selepas pegawai pengiringnya diuji positif Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, 95 peratus ahli Parlimen telah divaksin, namun mereka yang belum divaksin masih boleh menghadiri sidang itu.

Bagaimanapun, dilaporkan bahawa ahli Parlimen perlu menunjukkan keputusan saringan negatif Covid-19 jika mahu menghadiri Dewan Rakyat. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain