suria

Kelonggaran bagi aktiviti sosial, sukan sedang dipertimbangkan untuk mereka yang sudah divaksin

Ujar Muhyiddin, kelonggaran itu akan memberi sedikit ruang buat rakyat untuk 'bernafas' selepas lama terkurung dek pandemik Covid-19. Foto: BERNAMA.

AKTIVITI sukan dan sosial merupakan antara kelebihan yang bakal diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang lengkap menerima dua dos vaksin.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Malaysia catat 15,902 jangkitan baharu

Ujar Muhyiddin, kelonggaran itu akan memberi sedikit ruang buat rakyat untuk 'bernafas' selepas lama terkurung dek pandemik Covid-19.

"Kerajaan kini sedang menilai kelonggaran yang boleh diberi kepada mereka yang lengkap dua dos vaksin.

"Dalam beberapa hari, kita akan umumkan hal ini termasuklah mengenai dine-in, aktiviti sosial dan sukan yang akan dibenarkan kepada mereka yang lengkap divaksin," ujarnya menerusi satu temubual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malag kata Muhyiddin, kerajaan peka bahawa mereka ada yang lama berkurung di rumah turut terkesan dari segi kesihatan mental.

Antara kelonggaran lain yang dipertimbangkan termasuklah perjalanan rentas negeri bagi pasangan jarak jauh (PJJ) yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

"Ini semua sedang dimuktamadkan," ujar beliau. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah