suria

Isteri Misbun Sidek meninggal dunia

Misbun kehilangan isterinya, Latifah pada Jumaat malam.

ISTERI kepada Datuk Misbun Sidek, Datin Latifah Sidek meninggal dunia, Jumaat malam.

Berita pemergian isteri kepada legenda badminton negara itu dikhabarkan melalui akaun Twitter Majlis Sukan Negara (MSN) sekitar jam 9 malam.

"Dukacitanya dimaklumkan Yang Berbahagia Datin Latifah, isteri kepada Datuk Misbun Sidek telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Sama sama kita panjatkan doa dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayanginya jua.

"Takziah buat Datuk Misbun dan keluarga. Al-Fatihah," demikian tweet MSN di akaun Twitternya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, punca kematian tidak dimaklumkan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria turut menzahirkan ucapan takziah di Twitter.

"Salam Takziah buat Datuk Misbun Sidek sekeluarga diatas pemergian Isteri tercinta. Sama-sama kita doakan agar Arwah Datin Latifah Bte Sidek di tempatkan di kalangan para Solehah. Al-Fatihah,” kata Mohamad Norza.

Dilaporkan, Latifah sebelum ini dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana positif Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain