suria

Sesi PdPR dilanjutkan hingga 31 Ogos - KPM

PdPR diteruskan hingga 31 Ogos mengambil kira situasi pandemik Covid-19 ketika ini. Gambar hiasan

SESI persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilanjutkan sehingga 31 Ogos ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, KPM berkata ketetapan tersebut mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 serta perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ketetapan ini terpakai di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasa 2 PPN: PdPR kekal di 5 negeri

KPM juga berkata pihaknya akan sentiasa bekerjasama rapat dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi dalam kalangan guru, pentadbir dan kakitangan sokongan di sekolah dapat terus ditingkatkan.

"Sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30 peratus) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mengambil kira kadar vaksinasi ini, KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mula 1 September 2021," katanya.

KPM menambah pihaknya akan terus mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

"Sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal," katanya sambil menambah, perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka akan dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain