suria

Malaysia catat kematian harian tertinggi 138 kes! 12,528 jangkitan baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 12,528 kes baharu psoitif Covid-19 pada Sabtu.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 12,528 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 905,851 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 119,814 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 12,528 kes baharu yang dilaporkan, 12,509 kes merupakan penularan tempatan dan 19 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 12,541 kes baharu Covid-19, 115 lagi kematian

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4,985 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,740), Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701) dan Sabah (647).

Perlis pula merekodkan satu kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 138 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus merekodkan angka kematian tertinggi setakat ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,866 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Beliau berkata, sebanyak 6,629 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 779,171 kes.

"Sehingga kini, terdapat 903 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 425 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain