suria

Langgar SOP, MB Kedah dikenakan kompaun

Sebelum ini, tular di mediau sosial rakaman memaparkan Sanusi memandu uji sebuah pikap di Juru.

NOTIS kompaun akan dikeluarkan kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika mengunjungi bilik pameran kereta di Juru pada Jun lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, arahan itu diberika oleh pejabat pendakwa raya negeri.

"Arahan itu akan disampaikan ke pejabat Menteri Besar tidak lama lagi dan keterangan lebih lanjut akan diberikan kemudian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Satu pernyataan rasmi akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis negeri setelah dia menerima notis kompaun," katanya.

Dalam pada itu, Malaysia Kini melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abdul Jalil Hassan mengesahkan kompaun telah dikeluarkan ke atas pemimpin Pas itu.

Sebelum ini, tular di mediaa sosial rakaman memaparkan Sanusi memandu uji sebuah pikap di Juru. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain