suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan tubuh RCI, Lembaga Tabung Haji sedia beri kerjasama penuh

Kata Amrin, aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin.

KERAJAAN akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah haji digesa terima vaksin sedia ada susulan Arab Saudi iktiraf Sinovac

Dalam perkembangan terbaharu, TH menyambut baik keputusan kerajaan dan sedia memberi kerjasama penuh.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh kepada suruhanjaya tersebut berdasarkan perundangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“TH berpendapat bahawa hasil siasatan dan pandangan daripada RCI kelak dapat membantu menambah baik pengurusan dan aspek tadbir urus, ” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Amrin, aspek tadbir urus, integriti dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam penting bagi memastikan keyakinan dan kepentingan orang ramai terjamin khususnya para pendeposit.

“TH sentiasa berusaha untuk melaksanakan proses penambahbaikan terhadap operasi dan urus tadbirnya untuk kepentingan pendeposit, ” katanya. - Sinar Harian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain