suria

11, 618 lagi dijangkiti Covid-19

Selangor merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 5, 051 kes Covid-19. Foto: BERNAMA.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 11, 618 kes baharu pada Rabu.

Ia menjadikan keseluruhan 867, 567 kes setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jabatan Kecemasan 'dikosongkan' semasa lawatan PM? HTAR nafi dakwaan tular di media sosial

Selangor merekodkan jangkitan harian tertinggi dengan 5, 051 kes Covid-19.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1, 537) danKuala Lumpur (1, 479).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 118 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 6, 503 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 118 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 6, 503 kes, " ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 6, 377 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 759, 705 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 878 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 432 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain