suria

Jemaah menteri beri sokongan penuh kepada Muhyiddin sebagai PM

Ahli jemaah menteri setuju memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Foto: BERNAMA.

KABINET setuju memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam usaha melawan wabak Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ahli jemaah menteri memberitahu bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

"Keutamaan kerajaan adalah memastikan kejayaan Pelan Pemulihan Nasional untuk memastikan keharmonian dan kemakmuran, dan membawa Malaysia keluar dari pandemik Covid-19, " ujar kenyataan itu. - The Star.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain