suria

Pecah rekod lagi! 7,857 jangkitan baharu Covid-19

Selangor merekodkan 7,857 kes baharu pada Khamis.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 7,857 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, sekaligus mencatatkan kes harian paling tinggi setakat ini.

Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 541,224 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 69,408 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 7,857 kes baharu yang dilaporkan, 7,849 kes merupakan penularan tempatan dan baki lapan kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rekod jangkitan tertinggi... Malaysia catat 7,478 kes baharu Covid-19

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,675 kes, diikuti Sarawak (772), Kelantan (754) dan Kuala Lumpur (561).

Perlis pula merekodkan enam kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 59 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,491 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 4,598 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 469,325 kes.

"Sehingga kini, terdapat 771 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 392 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain