suria

Ramai gagal hadir terima vaksin, JKJAV dan CITF bincang cadangan kenakan kompaun

Cadangan kompaun itu susulan ramai individu yang gagal hadir menerima vaksin pada tarikh yang diberikan. Gambar hiasan

CADANGAN mengenakan kompaun atau penalti terhadap individu yang gagal hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) pada hari suntikan, sedang dibincangkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini pihaknya mempergiatkan usaha untuk memastikan kehadiran penerima vaksin menerusi saluran sedia ada.

"Kaedah penalti dan mewajibkan pengambilan vaksin dilihat sebagai langkah terakhir yang boleh diambil selepas kesemua usaha seperti pendaftaran secara sukarela dilaksanakan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar secara maya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pendaftaran slot tempahan vaksin AstraZeneca kini ditutup

Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dan negeri Kedah masing-masing melaporkan lebih 10,000 penerima tidak hadir mendapatkan vaksin pada tarikh yang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin mendedahkan seramai 10,000 individu gagal hadir untuk menerima suntikan vaksin fasa kedua di 19 PPV.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu di Kedah pula, seramai 10,827 daripada 30,100 individu yang diberi janji temu melalui aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kedah dikesan tidak hadir.

Dalam perkembangan sama, Adham berkata, pihaknya masih menunggu bekalan vaksin vaksin CanSino dan Sputnik V daripada syarikat pengeluar.

"Kita yakin pemberian vaksin akan lebih rancak apabila kita dapat bekalan lebih bermula Jun dan Julai," katanya sambil menambah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertanggungjawab dalam pemerolehan vaksin daripada pengeluar. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain