suria

Lebih 6,000 kes 3 hari berturut-turut... Malaysia catat 6,493 kes baharu Covid-19

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 6,493 kes baharu pada Jumaat, menjadikan keseluruhan 498,795 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 52,106 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,163 kes, diikuti Kuala Lumpur (641) dan Sarawak (612), Kelantan (467) dan Kedah (434).

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod baharu... 59 kematian, 6,806 kes Covid-19 di seluruh negara!

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 50 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,149 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,508 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 444,540 kes.

"Sehingga kini, terdapat 643 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 363 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pada Khamis, Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi iaitu 6,806 kes sejak negara dilanda pandemik itu, awal tahun lalu.

Terdahulu, sebanyak 6,075 kes harian Covid-19 dicatatkan pada Rabu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain