suria

39! Covid-19 rekod angka kematian tertinggi... jangkitan baharu 4,765, Selangor catat jumlah kes harian melepasi 2,000

Sebanyak 4,765 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 4,765 kes baharu, menjadikan keseluruhan 453,222 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 40,101 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 4,765 kes baharu yang dilaporkan, 4,758 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 4,000! Jangkitan baharu 3,973, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi... 22 angka korban

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,082 kes, diikuti Kuala Lumpur (540) dan Sarawak (405).

Perlis pula merekodkan satu kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 39 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini, sekaligus menjadi angka kematian tertinggi yang direkodkan setakat ini

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,761 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 3,124 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 411,360 kes.

"Sehingga kini, terdapat 469 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 244 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain