suria

Angka terendah tahun ini, jangkitan baharu 1,063 kes... 5 lagi korban Covid-19

Malaysia merekodkan 1,063 kes baharu positif Covid-19 pada Selasa.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 1,063 kes baharu, menjadikan keseluruhan 326,034 kes setakat Selasa.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 15,204 di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 1,063 kes baharu yang dilaporkan, 1,059 kes merupakan penularan tempatan dan baki empat kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan Covid-19 kekal bawah 2,000... Malaysia catat 1,208 kes baharu, 3 lagi kematian

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 323 kes, diikuti Sarawak (183) dan Pulau Pinang (175).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,218 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 1,365 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 309,612 kes.

"Sehingga kini, terdapat 152 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 68 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain