suria

Angka korban lepasi 1,000, kematian bertambah 22 lagi... Malaysia rekod 2,998 kes baharu Covid-19

Malaysia merekodkan 2,998 kes baharu pada Rabu.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,998 kes baharu, menjadikan keseluruhan 272,163 kes setakat Rabu.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 41,396 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 2,998 kes baharu yang dilaporkan, 2,991 kes merupakan penularan tempatan dan baki tujuh kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes sembuh tertinggi 5,718! Malaysia catat 2,720 jangkitan baharu Covid-19... 8 lagi kematian

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes, diikuti Johor (436 kes) dan Negeri Sembilan (233).

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan 22 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,005 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 5,709 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 229,762 kes.

"Sehingga kini, terdapat 231 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 115 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor, angka korban

Artikel Lain