suria

Kes sembuh tertinggi 5,718! Malaysia catat 2,720 jangkitan baharu Covid-19... 8 lagi kematian

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 2,720 kes baharu, menjadikan keseluruhan 269,165 kes setakat Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 44,129 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,300 kes, diikuti Johor (451 kes) dan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 983 kes," katanya pada sidang media, petang Selasa.

Beliau berkata, sebanyak 5,718 kes telah pulih Covid-19 pada Selasa dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 224,053 kes.

"Sehingga kini, terdapat 253 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain