suria

Lelaki maut hidu asap arang dalam kereta

Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta. -gambar hiasan

SEORANG lelaki ditemui mati dalam sebuah kereta, menurut polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan pada pukul 10.05 pagi Isnin.

"Mayat lelaki itu dijumpai di tempat duduk pemandu bersama arang dan 'fire starter' di tempat duduk pemandu.

"Kita percaya lelaki itu membakar arang dalam kereta, menyebabkan sesak nafas akibat kepulan asap," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pihak mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi khidmat Befrienders yang berdekatan.

Untuk senarai penuh nombor telefon dan waktu operasi, boleh layari laman web www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi 03-7627 2929. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!