suria

Rekod harian menurun! Hanya 2,176 kes pada Isnin, 10 lagi kematian

Malaysia catat 2,176 kes Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,176 kes baharu, menjadikan keseluruhan 266,445 kes setakat Isnin.

Daripada 2,176 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat 10 jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kadar kebolehjangkitan menurun - Dr Noor Hisham

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 910 kes diikuti Johor (269), Sarawak (256), Kuala Lumpur (182) dan Negeri Sembilan (145).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 10 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 975 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 10 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 975 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 4,521 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 218,335 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 260 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 112 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain