suria

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan menurun - Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham berkongsi mengenai perkembangan kadar kebolehjangkitan Covid-19 di negara ini.

KADAR kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di seluruh negara terkini berada pada paras 0.89, sekali gus menyaksikan penurunan Rt.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter pada Isnin.

"Kita sasarkan Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk memutuskan dan membendung penularan kes dalam negara," katanya pada Isnin.

Pada 25 Januari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 dijangka akan kembali kepada dua angka pada 11 Mei mengikut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak 13 Januari lalu.

Setakat Ahad, hanya Melaka merekodkan nilai Rt tinggi iaitu 1.07 diikuti Pulau Pinang pada 1.06 dan Kedah (1.04) serta Johor (1.01).

Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65). - Sinar Harian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain