suria

PKP 2.0 kekal di Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang... lanjut 2 minggu hingga 4 Mac, rentas negeri masih dilarang

(gambar fail) Ismail Sabri membuat pengumuman berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dijadualkan tamat pada 18 Februari akan dikekalkan di empat negeri berikutan kes Covid-19 yang masih tinggi, berkuat kuasa selama dua minggu bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri-negeri yang dikekalkan PKP adalah Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Perkara itu diumumkan beliau pada sidang media, petang Selasa, susulan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau menambah, status negeri-negeri lain yang dilaksanakan PKP sebelum iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan dikuatkuasakan PKP Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, beliau berkata, Perlis pula satu-satunyan negeri yang ditukarkan status kepada PKP Pemulihan (PKPP) berikutan kes Covid-19 yang rendah di negeri tersebut.

Ismail Sabri berkata, PKP, PKPB dan PKPP dikuat kuasakan bagi tempoh sama bermula 19 Februari hingga 4 Mac.

Beliau bagaimanapun berkata, rentas negeri masih dilarang pada masa ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain