suria

Covid-19: Naik balik... Malaysia rekod 3,288 kes jangkitan baharu, 14 lagi kematian

Malaysia rekodkan 3,288 kes baharu pada Rabu. Foto: Bernama

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 3,288 kes baharu, menjadikan keseluruhan 251,604 kes setakat Rabu.

Daripada 3,288 kes baharu yang telah dilaporkan, 3,283 merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod jangkitan harian menurun... Malaysia catat 2,764 kes baharu, 13 lagi kematian

Selangor merekodkan kes harian tertinggi pada Rabu dengan 1,757 kes, diikuti Kuala Lumpur (408) dan Johor (369).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 14 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 923 kes," ujarnya menerusi satu kenyataan.

Sehingga hari ini, 1,929 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 198,495 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 285 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 131 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain