suria

Rekod jangkitan harian menurun... Malaysia catat 2,764 kes baharu, 13 lagi kematian

Malaysia merekodkan 2,764 kes baharu Covid-19 pada Selasa.

PENULARAN wabak Covid-19 di negara ini merekodkan 2,764 kes baharu, menjadikan keseluruhan 248,316 kes setakat Selasa.

Daripada 2,764 kes baharu yang telah dilaporkan, terdapat enam jangkitan luar negara dan selebihnya kes tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan umum boleh makan di restoran, terhad dua orang satu meja

Selangor merekodkan kes harian tertinggi dengan 862 kes, diikuti Johor (521) dan Kuala Lumpur (422).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 13 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 909 kes.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan 13 kematian dilaporkan hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 909 kes," ujarnya.

Sehingga hari ini, 3,887 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 196,566 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 289 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain