suria

Kerajaan umum boleh makan di restoran, terhad dua orang satu meja

Orang ramai kini dibenar makan di restoran, dengan syarat dua individu semeja.

KERAJAAN bersetuju membuka semula baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan di negara ini bermula Rabu.

Perkara itu diumum oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Selasa petang.

Ia melibatkan kedai fesyen, pakaian, perkhidmatan fotografi, kedai bunga, alat permainan, permaidani, peralatan sukan, alat kosmetik, barang dapur, aksesori kenderaan dan sebagainya.

Dalam pengumuman sama, Ismail Sabri memaklumkan pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuklah mengekalkan jarak fizikal satu meter.

Jelasnya, hal itu diputuskan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin.

"Sebelum ini restoran dibuka sehingga 10 malam untuk dibawa pulang (take away) atau makanan berbungkus.

"Mesyuarat semalam bersetuju membenarkan secara dine in atau makan di restoran. Jumlah yang dibenar terhad dua orang semeja dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter," ujarnya.

Tambah Ismail, pemilik restoran perlu memastikan ada petugas yang menjaga SOP dan menghadkan bilangan pelanggan pada satu-satu masa.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain