suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa didakwa cabul anak 7 tahun di bilik tidur

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun didakwa dicabul oleh bapanya sendiri. -gambar hiasan

SEORANG bapa berusia berusia 44 tahun didakwa mencabul anak perempuannya berusia tujuh tahun.

Tertuduh yang bekerja sendiri, didakwa mencabul kanak-kanak itu di atas katil di bilik tidur di sebuah rumah di Lorong Chempa Telaga Air di Butterworth, Pulau Pinang, kira-kira pukul 10 malam antara 15 November tahun lalu hingga 20 Januari tahun ini.

Pendakwaan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Tertuduh yang memakai kemeja-T dengan tangannya digari, dibawa ke Mahkamah Sesyen di Butterwroth.

Pendakwaan dibuat di hadapan hakim, Norhayati Mohamad Yunus. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain