suria

24! Covid-19 rekod angka kematian harian tertinggi... 3,100 kes baharu

Petugas kesihatan merawat pesakit Covid-19. -gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 3,100 kes baharu, menjadikan keseluruhan 245,552 kes setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 51,977 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, negeri Selangor pada Isnin melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,196 kes, diikuti Johor, 490 kes dan Melaka sebanyak 344 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 3,731 kes positif Covid-19, pertambahan 15 lagi kematian

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 24 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 896 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Isnin.

Beliau berkata, sebanyak 2,340 kes telah pulih Covid-19 pada Isnin dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 192,679 kes.

"Sehingga kini, terdapat 282 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 134 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain