suria

Malaysia catat 822 kes baharu Covid-19, wanita 22 tahun antara 2 lagi korban di Sabah

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. -gambar hiasan

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 822 kes baharu, menjadikan keseluruhan 42,872 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 11,497 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, Sabah mencatatkan sebanyak 258 kes daripada keseluruhan kes positif pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat kematian ke-300 akibat Covid-19, direkodkan 869 lagi kes baharu... 82 di ICU

Tambah beliau, negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 822 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tujuh kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes," katanya pada sidang media. petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, wanita warga asing berusia 22 tahun merupakan antara dua kematian yang dilaporkan pada Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 769 kes telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 31,073 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 86 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat tiga kluster baharu Covid-19 dikesan pada Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain