suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wow! Nombor plat PPP kutip RM7.3 juta dalam lima hari, PPP 8999 paling popular dibida

Antara nilai bidaan bagi siri nombor pendaftaran PPP. foto facebook Jabatan Pengangkutan Jalan

SEBANYAK RM7.3 juta dikutip dalam tempoh lima hari bagi bidaan siri nombor pendaftaran kereta PPP, kata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Zamakhshari Hanipah berkata, bidaan siri nombor itu dibuka dari 5 November hingga 9 November, menerusi sistem bidaan dalam talian JPJebid.

"Siri nombor pendaftaran PPP yang dibuka selama lima hari mengutip jumlah tertinggi sebanyak RM7,257,785, dan mengatasi bidaan untuk siri SYG dengan perbezaan kutipan sebanyak RM3.7 juta.

PPP 8999 merupakan siri nombor pendaftaran kereta yang paling popular dengan seramai 33 pembida. Bidaan tertinggi untuk siri nombor tersebut ialah RM12,888.

PPP 999 adalah yang kedua paling popular, dengan 28 pembida dan bidaan tertinggi adalah RM106,000.

Seramai 11 pembida tertinggi telah membida siri PPP dan antara siri pembida yang tertinggi ialah PPP1 yang bernilai RM260,000, PPP9 bernilai RM160,000 dan PPP6 (RM140,000).

Zamakshari dalam satu kenyataan berkata, nombor pendaftaran kereta yang belum didaftarkan di bawah siri tersebut akan dibuka kepada orang ramai dengan harga minimum berikut:

Nombor bernilai utama (Golden numbers) pada harga bidaan minimum RM20,000, nombor menarik dua digit (RM3,000), nombor menarik tiga digit (RM2,500), nombor menarik empat digit (RM2,000), nombor popular (RM500) dan nombor semasa (RM300).

Orang awam yang berminat untuk mendapatkan baki nombor pendaftaran tersebut boleh berurusan di pejabat JPJ negeri atau cawangan.

"Selain itu, orang awam juga disarankan untuk memiliki ID mySIKAP awam bagi mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan lagi dan seterusnya membeli secara dalam talian.

"Sistem JPJebid merupakan salah satu usaha JPJ ke arah mendigitalisasikan penyampaian perkhidmatannya. Sehubungan itu, JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

"Pembida boleh mengetahui kedudukan (ranking) secara realtime dan tiada unsur campur tangan manusia," kata.

Sementara itu, mulai Khamis, 12 November sehingga 16 November 2020, siri KFA bagi kawasan Kedah dan PPQ bagi Pulau Pinang akan dibuka.

Harga bidaan minimum baru bermula dari RM315 hingga RM21,000, yang merangkumi kenaikan harga bidaan minimum sebanyak 5 peratus. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia