suria

Dua mangsa tanah runtuh di Tambun dapat kebenaran rentas negeri

Mangsa yang terkorban, Lee Sze Juin (kiri) dan Ooi Chee Wei.

KEDUA-dua mangsa tanah runtuh di sebuah vila di Tambun berada di bandar raya Ipoh bagi tujuan kerja.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mereka mempunyai kebenaran untuk merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, mangsa lelaki, Ooi Chee Wei, 39, merupakan pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas, manakala mangsa wanita, Lee Tze Juin, 32, seorang ejen hartanah masing-masing berasal dari Kuala Lumpur.

"Mangsa lelaki telah dicam oleh isteri semalam, manakala mangsa wanita dicam oleh adik perempuan hari ini. Kedua-dua mereka dari Kuala Lumpur.

"Kita klasifikasi kes sebagai mati mengejut dan makluman dari bedah siasat itu mendapati kematian disebabkan kecederaan akibat terhempap dinding tembok dan tanah," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, Rabu.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga masing-masing hari ini.

Pada Selasa, pasukan penyelamat menemukan mayat lelaki berkenaan pada jam 9.55 pagi disusuli penemuan mayat wanita itu beberapa minit kemudian di sebuah unit di resort berkenaan selepas kejadian tanah runtuh pada kira-kira jam 1.30 pagi.-SinarHarian

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain