suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat loji kembali beroperasi, pengguna dapat bekalan air bermula 3 petang ini

Bekalan air akan diterima bermula pukul 3 petang ini.

BEKALAN air akan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada pengguna yang terjejas akibat pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor bermula pukul 3 petang ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan media pada pagi Rabu memaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan Rantau Panjang telah beroperasi semula pada pukul 2.40 pagi secara berperingkat-peringkat setelah bacaan 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan.

"Air Selangor telah melakukan pengesahan kualiti air di setiap bahagian dalam proses rawatan air dan kolam-kolam imbangan dan telah disahkan tiada bau oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Air Selangor sedang berusaha untuk menstabilkan sistem agihan sebelum bekalan air dapat diagihkan kepada para pengguna. Bekalan air akan mula diterima pengguna pukul 3 petang ini secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan dalam sistem agihan bekalan air," demikian menurut kenyataan tersebut.

Maklumat gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya www.airselangor.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain